Friday, December 9, 2022
23.7 C
Brunei

-

Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera

JOHOR BAHRU, 3 OKT – Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai didera rakan bapa dan pembantu rumah warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian berlaku di rumah rakan lelaki bapa mangsa berusia 28 tahun, manakala pembantu rumah wanita warga Indonesia berusia 40 tahun.

Beliau berkata bapa mangsa meminta bantuan daripada suspek lelaki yang merupakan seorang jurujual untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

“Bapa mangsa yang bekerja di Singapura dan ibu bekerja di Yong Peng telah meninggalkan dua anak mereka di rumah rakan dengan bayaran RM2,800 sebulan sejak tiga bulan lepas.

“Hasil siasatan awal, kita dapati terdapat beberapa kecederaan di badan mangsa, begitu juga lebam dan sedikit luka, bagaimanapun, kita tunggu laporan menyeluruh selepas bedah siasat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, malam ini.

Menurutnya, suspek lelaki itu, yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, dan pembantu rumah itu telah ditahan di lokasi kejadian pada tengah hari tadi. – Bernama

Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut dipercayai didera rakan lelaki bapa dan pembantu rumah warga asing di sebuah rumah di Taman Skudai Johor Bahru pada Ahad. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -