Kanak-kanak belum divaksin tidak boleh masuk premis

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Pada fasa peralihan nanti, kanak-kanak yang belum bervaksin tidak dibolehkan untuk memasuki premis dan sebagainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah memberi respons berkenaan kepada pertanyaan sama ada kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin dibolehkan memasuki premis semasa fasa peralihan nanti.

Beliau seterusnya menjelaskan, sebelum fasa peralihan pada 19 November ini, untuk mencapai 70 ke 80 peratus mungkin tidak mengambil masa lama.

“Ini bergantung kepada kerjasama semua untuk mendapatkan vaksinasi mereka, yang akan lebih memudahkan kita untuk mencapai 80 peratus vaksinasi lengkap nanti dan sebelum mencapai 80 peratus nanti, syarat dan sebagainya akan diumumkan,” tambahnya.

Salah seorang pelajar menerima vaksin dos pertama pada pada hari pertama program vaksinasi bagi golongan berusia 12 hingga 17 tahun, Isnin lalu. – Gambar oleh Muiz Matdani