Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak berisiko digalakkan ambil vaksin

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Kanak-kanak yang tergolong mempunyai tahap imuniti yang rendah termasuk mereka yang mengalami obesiti adalah sangat digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin dalam usaha mengawal sebarang jangkitan COVID dan berlakunya gejala-gejala yang lebih teruk.

    Perkara berkenaan dijelaskan oleh Ketua Perkhidmatan Pediatrik, Kementerian Kesihatan, Dr Rohayati binti Haji Mohd Taib berhubung sejauh mana tahap kepentingan pengambilan suntikan vaksin kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai imuniti yang rendah termasuklah mereka yang memiliki penyakit yang berisiko tinggi seperti pneumonia, asma, epilepsi dan sebagainya semasa berlangsungnya sesi soal jawab bersama media pada Sidang Media Khas Vaksinasi bagi Kanak-kanak Berumur 5 Hingga 11 Tahun, petang tadi.

    Jelasnya lanjut, terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang dikecualikan dalam pengambilan suntikan vaksin berkenaan, antaranya mereka yang pernah mengalami alergi teruk; berlaku pembengkakan pada bahagian muka atau gangguan pada sistem pernafasan dan begitu juga golongan kanak-kanak yang pernah menerima vaksin dos pertama dan menghidap radang jantung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda