Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak: Dos pertama kini 81%

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sebanyak 254 dos pertama vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 34,755 dos iaitu 81 peratus bagi kanak-kanak di dalam kumpulan umur berkenaan.

    Manakala, sebanyak 605 dos kedua vaksin COVID telah diberikan kepada golongan tersebut yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemberian dos kedua kepada 20,946 dos iaitu 48.8 peratus.

    “Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah kekal sebanyak 70.6 peratus,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, sebanyak 279 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 277 kes hasil ujian ART dan dua kes adalah hasil daripada 318 ujian RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 148,674 kes.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa mengongsikan statistik terkini jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato kemudiannya menjelaskan bahawa tidak ada kes yang dika-tegorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala satu kes sedang berada di kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 215 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 146,854 kes,” katanya lagi.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,597 kes iaitu enam kes sedang dirawat di hos-pital manakala 1,591 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato berdoa semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera, serta dijauhkan daripada segala wabak penyakit.

    Beliau menambah, “dalam kesempatan ini juga, marilah kita bersyukur kehadrat Allah SWT atas jasa bakti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang tidak ternilai harganya kepada keamanan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan kemudiannya mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-61 tahun kepada seluruh warga ABDB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...