Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak mangsa letupan

    BAC NINH, 3 Jan – Seorang anak damit dan kanak-kanak berusia lima tahun terkorban dalam satu letupan di timur ibu negara Vietnam, Hanoi, awal hari ini yang memusnahkan beberapa buah rumah dan mencederakan kira-kira enam yang lain.

    Pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan di wilayah Bac Ninch di daerah Phong, yang berlaku pada jam 4:30 pagi yang telah memusnahkan bangunan dan mengakibatkan serpihan letupan berterbangan ke udara.

    Letupan itu telah memusnahkan lima buah rumah dan memecahkan cermin bangunan di sekeliling, menurut pelapor AFP di tempat kejadian.

    Seorang anak damit berusia setahun dan kanak-kanak perempuan terbunuh, menurut laporan jabatan kesihatan wilayah yang diperolehi AFP, manakala enam lain yang tercedera dibawa ke hospital.

    “Letupan itu nampaknya berlaku di kawasan di mana kebanyakan keluarga terlibat dalam pengutipan bahan buangan,” menurut pegawai tempatan yang tidak mahu dikenali kepada AFP.

    Askar dan penyelamat berada di tapak kejadian setelah letupan besar memusnahkan lima buah rumah dan memecahkan cermin bangunan di sekeliling di wilayah Bac Ninh, Hanoi, Vietnam. – AFP

    Pengutipan bertan-tan besi peninggalan bom semasa zaman perang Vietnam masih wujud di seluruh negara sering kali berakhir dengan tragedi.

    Pada Ogos, enam orang termasuk tiga kanak-kanak terkorban setelah bom zaman perang meletup di wilayah Kanh Hia. Laporan mengusulkan letupan itu berlaku sejurus pekerja bahan buangan cuba memotongnya.

    Sejak berakhirnya Perang Vietnam pada 1975, lebih 42,000 orang telah terbunuh dan 62,100 cedera akibat peranti yang tidak mele-tup setelah dijatuhkan oleh pesawat AS, menurut angka kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda