Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak maut jatuh dari kerusi anak damit

    JOHOR BAHRU, 5 OKT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi anak damit di sebuah restoran di Taman Sutera, Johor, Malaysia petang semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika kanak-kanak itu sedang makan bersama keluarganya di restoran berkenaan sebelum terjatuh lalu kepalanya terhentak di lantai.

    “Siasatan awal polis mendapati keluarga itu datang ke restoran sejam sebelum kejadian, ketika sedang makan mangsa menolak meja menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya terjatuh bersama kerusi itu.

    “Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kejadian itu turut disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk terus menghantar anaknya ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.

    Fariz Ammar berkata bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

    “Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar,” katanya.

    Beliau berkata sehingga kini, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...