Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak maut tersangkut di buaian

    SEREMBAN, 23 Feb – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan meninggal dunia selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata Nour Rania Asyifaa Yuseri disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan (KK) Sendayan oleh pegawai perubatan pada 4:30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawanya ke klinik berkenaan untuk rawatan.

    Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu diberikan susu dan dibawa ke dalam sebuah bilik di pusat penjagaan berkenaan untuk ditidurkan dalam buaian bersama dua kanak-kanak lain pada 12:30 tengah hari sebelum pengasuhnya keluar dari bilik itu untuk tugasan lain pada 2 petang.

    “Sejam kemudian, wanita itu (pengasuh) kembali semula ke bilik dan mendapati mangsa (Nour Rania Asyifaa) tidak sedarkan diri dengan bahagian leher dan kepala telah terkeluar serta tergantung pada kain buaian manakala badan masih berada di dalam buaian.

    “Wanita itu terus mengambil mangsa dan menjalankan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa didapati gagal bernafas semula sebelum membawanya ke KK Sendayan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Yuseri Yusoff, bapa Nour Rania Asyifaa yang maut selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian tidak dapat menahan sebak sambil memangku jenazah anaknya untuk urusan pengebumian ketika ditemui di luar perkarangan bilik forensik Hospital Tuanku Jaafar, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...