Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak mula terima dos kedua

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Sebanyak 1,558 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 16,314 iaitu 38 peratus.

    Sementara itu, sebahagian daripada kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan juga telah mula menerima dos kedua vaksin di mana semalam, sebanyak 61 dos telah diberikan yang meliputi 0.1 peratus kanak-kanak.

    Dalam pada itu, liputan bagi penduduk negara ini yang telah menerima tiga dos vaksin adalah kekal pada kadar 64.1 peratus kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato sete-rusnya memaklumkan bahawa 105 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, dengan 98 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan tujuh kes hasil 808 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 141,119 kes.

    “Terdapat dua kes yang dikategorikan dalam kategori 5, mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Manakala tidak ada kes sedang berada di kategori 4, mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 158 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 139,882 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,019 kes iaitu 20 kes sedang dirawat di hospital manakala 999 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...