Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Kanak-kanak perempuan selami dunia pengekodan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Bagi memperkenalkan anak-anak muda kepada dunia pengekodan, Dynamik Technologies buat julung kalinya menganjurkan Brunei Kids Can Code khusus untuk kanak-kanak perempuan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Diadakan menerusi kerjasama antara Brunei Kids Can Code dan eBunda, acara berkenaan menjemput 30 orang pelajar dari pelbagai sekolah di seluruh negara. Edisi khas Talk and Workshop itu bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak perempuan kepada dunia pengekodan yang menyeronokkan dan interaktif.

Bengkel berkenaan telah memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba aktiviti pengekodan menggunakan Microbits dan melibatkan diri dengan peserta lain dalam projek kehidupan sebenar.

Gambar ramai peserta bengkel yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan. – Gambar serahan Dynamik
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -