Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak Rohingya divaksin

    DHAKA, 15 Jan – Sebagai sebahagian daripada respons terhadap wabak difteria, WHO, UNICEF dan rakan sektor kesihatan sedang bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh untuk memvaksin kira-kira 475,000 pelarian kanak-kanak Rohingya di negara, menurut agensi kanak-kanak PBB semalam.

    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh sedang membantu pemvaksinan kanak-kanak di kem pelarian Rohingya, penempatan sementara dan kawasan sekitarnya di Cox Bazar, kira-kira 292 kilometer dari tenggara ibu negara Dhaka, menurut Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa PBB (UNICEF).

    “Semua usaha sedang dilakukan untuk menghentikan penyebaran difteria. Pemvaksinan kanak-kanak di kem Rohingya dan kawasan berhampiran menunjukkan komitmen sektor kesihatan untuk melindungi orang, terutamanya kanak-kanak terhadap penyakit yang boleh membawa maut,” menurut kenyataan Bardan Jung Rana, Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Bangladesh.

    Hampir 150,000 kanak-kanak berusia enam minggu hingga tujuh tahun menerima vaksin pentavalen, yang menghindari dari penyakit difteria, tetanus, pertusis, hemofilia influenza jenis b dan hepatitis B, dan hampir 166,000 kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun diberikan vaksin tetanus dan difteria, ketika kempen pemvaksinan selama tiga minggu yang berakhir pada 31 Disember.

    Gambar bertarikh 17 September 2017 menunjukkan pekerja kesihatan Bangladesh menyuntik vaksin kepada seorang kanak-kanak Rohingya Muslim yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh di kem pelarian Balukhali, Bangladesh. – AP

    Dua lagi pusingan pemvaksinan tambahan dengan vaksin yang mengandungi difteria, berselang satu bulan kemudian, dirancang diadakan untuk melindungi sepenuhnya kanak-kanak di kem dan kawasan sekitarnya.

    “Kanak-kanak mudah terdedah kepada difteria. Kami berusaha untuk mempertingkat keadaan di kem. Pada masa yang sama, pemvaksinan difteria adalah penting untuk mengurangkan risiko wabak seterusnya,” menurut Wakil Negara UNICEF Edouard Beigbeder.

    Untuk mengawal penyebaran difteria kepada komuniti yang tinggal berhampiran kem dan penempatan Rohingya, hampir 160,000 kanak-kanak di 499 buah sekolah di daerah kecil Teknaf dan Ukhiya juga menerima vaksin. Inisiatif ini bermula pada 1 Januari. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda