Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak TASKA YSHHB kenali penyu

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN 17 April – Seramai 154 orang kanak-kanak Taman Asuhan 1, Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Pemeliharaan Penyu Meragang, di sini.

    Dalam lawatan yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada tiga hari lawatan bermula 12 April yang lalu itu, kanak-kanak berkenaan mendengarkan taklimat ringkas mengenai bagaimana cara mengenali jenis-jenis penyu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dan juga langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara spesies penyu daripada kepupusan.

    Antara tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang pentingnya memelihara dan menjaga spesies terancam seperti penyu.

    Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengenal lebih dekat lagi spesies-spesies penyu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

    Kanak-kanak TASKA YSHHB semasa menyaksikan penyu yang ada di pusat pemeliharaan itu.
    Kanak-kanak TASKA YSHHB semasa menyaksikan penyu yang ada di pusat pemeliharaan itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda