Kanak-kanak tidak digalak kunjungi pasar malam, pawagam

KUCHING, 4 SEPT – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk tidak menggalakkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mengunjungi pasar malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JPBN dalam kenyataannya berkata golongan itu juga bersama-sama mereka yang berusia 60 tahun ke atas, turut tidak digalakkan memasuki dewan tayangan pawagam.

Sementara itu, kluster Alam di Bintulu menjadi satu-satunya kluster yang masih aktif di Sarawak dengan kes kekal sebanyak lapan kes. – Bernama