Kancil putih kena jerat

TEMBURONG, 2011– Seorang penduduk Kampung Batu Apoi di sini, Awang Durmy Nordji tidak menyangka jerat yang dipasang untuk menghalang binatang buas daripada memusnahkan tanamannya, telah terjerat seekor kancil atau pelanduk aneh berwarna putih.

Spesies pelanduk itu sangat ganjil dan amat jarang ditemui.

Pelanduk atau kancil yang biasa ditemui di daerah ini selalunya berwarna kelabu.

Ibu kepada Awang Durmy Nordji ketika dihubungi berkata, mereka belum pernah menemui pelanduk berwarna putih seperti itu.

Ini adalah penemuan pertama yang disifatkan ganjil yang ditemui di kawasan hutan perkampungan Batu Dua Daerah Temburong.

Beliau bersama keluarga yang menetap di Kampung Batu Apoi, berhasrat untuk terus memelihara pelanduk berkenaan, memandangkan ia sangat ganjil dan mempunyai tarikan tersendiri.