Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Kane bakal cipta kejayaan mutlak

    BERLIN, 15 SEPT – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel berkata pada Khamis bahawa penyerang baharu mereka, Harry Kane sudah dalam proses untuk ‘menjadi kejayaan mutlak’ di kelab itu.

    Kane telah menjaringkan tiga gol dan mencipta satu lagi dalam tiga penampilan Bundesliga untuk Bayern sejak berpindah dari Tottenham.

    “Dengan personalitinya dan cara dia bermain, kami mempunyai pemain yang kami perlukan,” kata Tuchel kepada pemberita menjelang pertembungan hari ini dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen.

    “Pada masa ini kami cuba untuk melibatkan dia lebih dalam permainan. Kami tahu ia akan menjadi kisah kejayaan mutlak.

    “Kami sangat gembira dengannya.”

    Reaksi Harry Kane meraikan kemenangan selepas perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Moenchengladbach pada 2 September. – AP

    Tuchel berkata walaupun Kane, yang menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi dalam perlawanan England baru-baru ini menentang Ukraine dan Scotland, akan bermain menentang Leverkusen, namun kehadiran kapten Bayern, Joshua Kimmich masih menjadi ‘tanda tanya’.

    Kimmich mengalami masalah otot semasa bermain untuk pasukan antarabangsa Jerman dan terlepas perlawanan persahabatan Jerman 2-1 ke atas Perancis – kemenangan pertama mereka sejak Mac.

    Walau bagaimanapun, Tuchel berkata Jamal Musiala, yang pada Selasa dinamakan sebagai pemain terbaik Bayern musim 2022-2023, akan kembali ke skuad selepas mengatasi masalah belakang.

    Penjaga gol, Manuel Neuer juga mengalami masalah sekembalinya daripada patah kaki, dengan Tuchel mendedahkan kapten Jerman itu bergelut dengan masalah betis.

    “Manu sangat hampir untuk pulih, tetapi kemudian dia mengalami masalah betis di kaki sebelah lagi.

    “Dia melakukan beberapa latihan larian tetapi kami mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan.”

    Leverkusen dan Bayern adalah satu-satunya pasukan Bundesliga yang meraih sembilan mata daripada tiga perlawanan musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...