Kane diketepikan skuad di play-off Liga Europa

LONDON, 19 OGOS – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane diketepikan dari skuad yang telah melakukan kunjungan ke Portugal kelmarin untuk perlawanan play-off Liga Persidangan Europa di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depan kapten England itu.

Manchester City berminat untuk menandatangani Kane dan dilaporkan telah membuat tawaran bernilai £100 juta (AS$ 139 juta) pada bulan Jun lalu.

Sebelum itu, pemain berusia 28 tahun itu pada minggu ini telah disenaraikan dalam skuad 25 orang untuk aksi play-off Liga Konferensi Europa menentang Pacos de Ferreira tetapi tidak melakukan perjalanan bersama pasukannya kelmarin.

Kane, yang masih mempunyai tiga tahun dalam kontraknya bersama Spurs, hanya menyertai latihan bersama pasukan utama Selasa lalu setelah menjalani pengasingan diri minggu lalu setelah dia pulang dari cuti.

Dia tidak terlibat dalam aksi kemenangan Tottenham ke atas Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu kerana belum cukup cergas.

The Daily Telegraph melaporkan kelmarin bahawa Kane berang dengan ketua Spurs, Daniel Levy kerana gagal menunaikan janji dia boleh tinggalkan kelab sekiranya kelab London utara itu gagal memenangi trofi atau berjaya berada di luar empat teratas musim lalu.

Pengurus Spurs Nuno Espirito Santo akan mengadakan sidang media pra-perlawanan esok. – AFP

Harry Kane diketepikan dari skuadnya yang telah melakukan perjalanan ke Portugal kelmarin. – AP