Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kane penyelamat England

    PARIS, 27 MAC – Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti lewat perlawanan untuk menghampiri rekod penjaring gol sepanjang zaman England bagi memastikan kemenangan 2-1 buat negaranya ke atas Switzerland yang sudah pun layak ke Piala Dunia.

    Kane menjaringkan gol dari sepakan penalti untuk mencapai 49 gol buat England, mendahului Gary Lineker dan berada di kedudukan kedua bersama Bobby Charlton.

    Hanya Wayne Rooney dengan 53 gol menjaringkan lebih banyak gol buat England.

    Breel Embolo meletakkan Switzerland terlebih dahulu di depan di Wembley selepas 22 minit beraksi pada separuh masa pertama sebelum Luke Shaw menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan babak pertama.

    Kane meledakkan gol kemenangan minit ke-78 namun jurulatih Gareth Southgate berharap kejayaan akan terus berlaku kepada pasukannya yang muncul naib juara Euro 2020 apabila beraksi dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast Selasa ini.

    “Awda perlu bersedia untuk sebarang peluang pada bila-bila masa. Penalti adalah cara yang bagus untuk mencatatkan gol. Saya berlatih dan bekerja keras untuk itu,” katanya.

    “Ia sesuatu yang hebat dapat melakukannya, sangat bangga dapat menang tapi kami harus bersedia untuk perlawanan seterusnya.

    “Tahun yang lebih besar akan datang untuk dapatkan lebih banyak penampilan di peringkat antarabangsa dalam lebih banyak gol. Saya sudah bersedia untuk diturunkan Selasa ini tapi terserah kepada pengurus.”

    Terdahulu juara Piala Dunia 2010, Sepanyol perlu berusaha keras sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Albania di Barcelona, perlawanan pertama buat pasukan di Catalonia sejak 2004. – AFP

    Aksi Harry Kane (dua kanan) semasa menjaringkan gol dari sudut penalti dalam perlawanan di antara England dan Switzerland di Stadium Wembley pada 26 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...