Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane teruja catat hatrik

    NIZHNIY NOVGOROD, 25 Jun – Wira England yang meledak hatrik, Harry Kane menyifatkan persembahan cemerlang yang dipamerkan pasukannya hasil kerjasama semua pemain.

    Skuad kendalian Gareth Southgate mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas membelasah Panama 6-1, hari ini. Tiga jaringan Kane dan dua gol John Stones, selain Jesse Lingard turut meletakkan nama dalam senarai penjaring menyaksikan England menyertai Belgium mengumpul enam mata di kelompok teratas Kumpulan G menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu, Jumaat ini.

    Kane berkata: “Saya sangat berbangga. Tidak ramai pemain yang boleh meledak hatrik dalam Piala Dunia.

    “Kami menikmatinya. Bukan setiap kejohanan kami boleh mara selepas dua perlawanan.”

    Dia berkata, jaringan ketiga berpunca daripada percubaan Ruben Loftus-Cheek yang tertampan kapten England itu sebelum menerjah jaring sebagai salah satu tuah dalam kerjayanya.

    Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti semasa perlawanan antara England dan Panama di Stadium Nizhny Novgorod semalam. – AP

    Lima jaringan yang dikumpul meletakkan Kane di kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak Piala Dunia ketika ini, mengatasi Cristiano Ronaldo dan Romelu Lukaku yang meledak empat gol.

    “Ia berjalan lancar, perjalanan masih jauh dan perkara paling penting adalah memenangi perlawanan,” kata Kane.

    “Ramai pemain yang bagus di belakang saya, semoga saya dapat meneruskannya pada perlawanan Jumaat ini.”

    Terdahulu, Kane berkata kepada BBC TV bahawa dia ‘bangga dengan semua rakan sepasukannya’.

    “Kami tahu ia akan menjadi sukar tetapi semuanya hadir daripada kerjasama. Ia keputusan yang cemerlang, luar biasa untuk mara dan melakukannya dengan cara ini adalah hebat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda