Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kang juarai LPGA Shanghai

    SHANGHAI, 21 Okt – Danielle Kang berkata dia berhadapan dengan ‘penderitaan’ dan diberi teguran oleh kedi beliau dalam langkahnya menuju kemenangan dengan meraih ganjaran AS$2.1 juta dalam LPGA Shanghai hari ini.

    Pemain Amerika itu juga mendedahkan perasaan cemasnya ketika berhadapan dengan detik-detik yang merisaukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, selepas dia bergelut dengan saingannya dengan meraih kemenangan dua pukulan pada aksi terakhir yang mendebarkan.

    Kang, yang bakal menjejaki usia 26 pada Sabtu ini, memenangi pusingan akhir 69 bagi 13 bawah par 275 di Qizhong Garden Golf Club yang berangin dan mendung, di mana tujuh pemain terikat pada dua pusingan.

    Kang, menduduki ranking ke-29 di dunia, menambah trofi kemenangan Shanghai itu ke dalam Kejohanan PGA Wanitanya yang dimenangi tahun lalu.

    Selepas itu, dia mendedahkan penderitaan mental yang dialaminya semasa melalui fasa perlawanan, mujurnya, kedinya memberikannya semangat untuk meneruskan perlawanan sehingga meraih kejayaan. – AFP

    Kang bergambar bersama trofinya selepas memenangi LPGA Shanghai, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda