Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kang raih trofi Kejohanan Juara-Juara

    MIAMI, 24 JA – Danielle Kang telah membuat pukulan empat-bawah-par 68 untuk menjuarai pembukaan musim Kejohanan Juara-Juara LPGA di Florida kelmarin apabila pemain nombor satu dunia, Nelly Korda tersingkir daripada persaingan.

    Kang, memulakan pusingan akhirnya mendahului satu pukulan daripada Korde, berjaya membuat enam pukulan birdies dan dua bogey bagi menamatkannya dengan 16-bawah-272 selepas lubang ke-72 di Lake Nona Golf dan Country Club di Orlando.

    Ini adalah gelaran juara pertama LPGA bagi pemain berusia 29 tahun itu sejak kemenangannya di Marathon Classic pada 2020, telah mengutip kemenangan dalam kariernya kepada enam kali.

    Pemain dari Kanada, Brooke Henderson, yang membuat pukulan penutup dua-bawah-par 70, menamatkan tiga pukulan di belakang 13-bawah, satu pukulan mendahului pemain Mexico, Gaby Lopez, yang hanya dapat memperoleh tahap par 72 pada pusingan terakhirnya.

    Pemain dari Perancis, Celine Boutier menamatkan dengan enam pukulan, menyamakan kedudukan dengan Nelly Korda untuk tempat keempat.

    Harapan Korda tahun ini akan bermula dengan kemenangan hasil dari membuat tiga-atas-par 75.

    Korda, yang mendahului selepas pusingan kedua dan ketiga, tidak pernah dapat meneruskan dan terkeluar daripada perhitungan selepas bogey awal pada lubang keempat dan bogey pada lubang ke-10. – AFP

    Reaksi Danielle Kang dari Amerika Syarikat melakukan “selfie” semasa bergambar dengan trofi selepas memenangi Kejohanan Juara-Juara 2022, 23 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...