Kang Seung Yoon kongsi matlamat hidup

Dalam temu bual baru-baru ini dan bergambar untuk majalah Elle, ahli kumpulan WINNER Kang Seung Yoon bercakap tentang motivasinya sebagai seorang artis dan matlamat untuk masa depan.

Penyanyi dan juga seorang penulis lagu pertama kali menceburi bidang hiburan pada 10 tahun yang lalu, melalui program uji bakat Mnet ‘Superstar K2’.

Sepanjang 10 tahun sejak itu, dia secara konsisten menunjukkan perkembangan sebagai artis, mengambil berbagai-bagai genre dan menaklukkan rintangan baharu dalam setiap langkahnya.

Ketika ditanya mengenai evolusinya sebagai seorang artis, Kang Seung Yoon yang terkenal dengan etika kerjanya yang luar biasa mengungkapkan bahawa sebahagian daripada motivasinya untuk bekerja begitu keras dan terus berusaha untuk memperbaiki dirinya berpunca dari keinginan untuk menunjukkan kepada orang ramai apa yang dia mampu lakukan.

Mengimbas kembali pada awal kariernya, dia teringat penonton hanya mempunyai gambaran tentang Kang Seung Yoon sebagai seorang anak ‘nakal’ yang hanya pandai bermain gitar dan membuat muzik rok, mereka juga memiliki prasangka bahawa hanya itu yang saya mampu lakukan.

Saya ingin menunjukkan kepada orang-orang itu (bahawa mereka salah). Saya berfikir sendiri, walaupun saya tidak sempurna, sekurang-kurangnya saya harus bekerja cukup keras sehingga orang tidak mengatakan saya tidak baik.

Oleh itu, saya terus bekerja keras dan berusaha untuk meningkatkan diri (sebagai artis). – Agensi

Kang Seung Yoon berusaha untuk bekerja begitu keras dan memperbaiki dirinya bagi menunjukkan kepada orang ramai apa yang mampu dilakukannya. – Agensi