Kang Sora bakal jadi ibu

Pada 19 November, MyDaily melaporkan bahawa Kang Sora (gambar bawah) mengandung anak pertamanya dan bekerja keras mendapatkan pengetahuan sebelum melahirkan.

MyDaily melaporkan Kang Sora bakal melahirkan April tahun depan.Sumber dari agensinya Plum Actors mengesahkan, “Kang Sora akan melahirkan pada musim bunga depan,” dan menolak spekulasi kehamilan sebelum perkahwinan.

Kang Sora mengumumkan perkahwinannya dengan suaminya yang bukan selebriti pada bulan Ogos dengan surat tulus kepada peminat. – Agensi