Kangana Ranaut dedah industri filem Hindi

Aktres Bollywood, Kangana Ranaut mendedahkan bahawa industri filem Hindi sebagai ‘toksik’ dan kurang ’empati’ berbanding industri filem Tamil.

“Ia menjadi toksik,” jelas Kangana Ranaut. Menerusi temubual di Youtube, beliau menyatakan bahawa memasuki Bollywood umpama melanggar Tembok Besar China, dan mengakui kerana beliau masih baru di India Selatan, Kangana mempunyai pandangan yang superficial terhadap industri filem serantau.

“Apa yang sangat mengejutkan mengenai pawagam serantau adalah sekurang-kurangnya mereka mencari beberapa persamaan. Mereka adalah chameleons, dan itulah sesuatu yang mereka gemari. Sedangkan dalam filem Hindi, kerana kita semua berhijrah ke Mumbai, terdapat banyak kepelbagaian di sana, namun sentiasa ada sedikit ketegangan.

“Semua orang mahu menarik semua orang ke bawah, itu sama sekali tidak membantu. Ia menjadi tempat toksik, tidak ada yang gembira untuk orang lain, dan kita tidak dapat mencari jalan persamaan yang dapat kita kenal pasti,” kata Kangana Ranaut.

Aktres ini turut mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai proses yang tepat ketika memasuki Bollywood. “Tidak ada casting agents, tidak ada OTT untuk melancarkan pelakon, itu adalah masa yang sangat sukar,” jelas Kangana Ranaut. – Agensi

Kangana Ranaut mendedahkan bahawa industri filem Hindi sebagai ‘toksik’ dan kurang ’empati’ berbanding industri filem Tamil. – Agensi