Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kangana Ranaut luah perasaan tidak puas hati

    Filem lakonan Kangana Ranaut bertajuk Thalaivii mungkin tidak dianggap sebagai satu karya pecah panggung di Bollywood.

    Namun aktres tersebut tetap menerima pencalonan di Anugerah Filmfare bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem terbabit.

    Tentu sahaja perkara itu menggembirakan kebanyakan orang namun tidak kepada Kangana.

    Pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan perasaan tidak puas hati di Instagram apabila dia dimaklumkan akan menerima anugerah berkenaan dan diminta hadir ke majlis.

    “Saya tidak menyokong aktiviti tidak adil yang diamalkan oleh Filmfare sejak 2014.

    “Kali ini mereka beria-ria menjemput dengan mengatakan akan memberikan saya anugerah menerusi filem Thalaivii.

    “Saya sangat terkejut mengetahui mereka masih mencalonkan saya. Pada saya ini rasuah dan kerja tidak beretika,” katanya.

    Dalam pada itu, Kangana turut berhasrat untuk menyaman pihak Filmfare kerana berbuat demikian.

    Baginya acara tersebut lebih tertumpu kepada kehadiran semata-mata dan bukannya untuk menghargai pengkarya. – Agensi

    Kangana meluahkan perasaan tidak puas hati di Instagram apabila dia dimaklumkan akan menerima anugerah tersebut dan diminta hadir ke Anugerah Filmfare.– Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...