Kangta dan Jung Yu Mi sah bercinta

Pada musim panas yang lalu, ahli kumpulan H.O.T, Kangta dan pelakon Jung Yu Mi telah dihebohkan dengan khabar sedang menjalinkan hubungan.

Namun ketika itu kedua-dua agensi bintang itu menafikan khabar angin tersebut, dan kini barulah mereka mengesahkannya.

Pada 4 Februari lalu, agensi Kangta, SM Entertainment memberitahu MyDaily, “Kedua-dua mereka sedang bahagia dalam hubungan.”

Begitu juga, agensi Jung Yu Mi, Ace Fatory menyatakan, “Kedua-dua mereka baru-baru ini mengambil keputusan untuk menjalin hubungan romantik dari hanya hubungan rakan sekerja.”

Khabar angin ini bermula selepas Kangta dan Jung Yu Mi muncul bersama dalam satu siaran radio, dan selepas itu mereka didapati berjalan bersama-sama.

Menurut saksi pada masa itu, kedua-dua mereka kelihatan bahagian sehingga boleh mencetuskan khabar angin bahawa mereka kini dalam hubungan cinta. – Agensi

Pasangan, Kangta dan Jung Yu Mi dikatakan bercinta setelah kedua-dua agensi mengesahkannya. – Agensi