LONDON, 24 April – Prestasi dinamik N’Golo Kante bagi pemburuan dua gelaran buat Chelsea telah menghadiahkannya penghormatan besar apabila dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) awal pagi tadi.
Pemain Perancis berusia 26 tahun itu telah mengetepikan pemain seperti penyerang Tottenham, Harry Kane dan Romelu Lukaku dari Everton bagi anugerah berprestij itu.
Ia mungkin bukan trofi terakhir yang akan dijulangnya musim ini berbeza dengan bekas rakan sepasukannya di Leicester, yang bersamanya mencipta kejayaan hebat tahun lepas. Dia mungkin menjadi pemain pertama untuk memenangi gelaran liga berturut-turut dengan kelab yang berbeza.
“Untuk terpilih oleh para pemain bagi menjadi pemain terbaik tahunan adalah sangat bermakna kepada saya,” kata Kante.
“Ia sangat bermakna untuk terpilih dan dua musim yang menakjubkan, satu bersama Leicester dan kami dalam prestasi baik dengan Chelsea. Menjadi Pemain Terbaik Tahunan, ia satu penghormatan besar.” – AFP