Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kantin hospital hidang sarapan beracun

    10 tahunBEIJING, 11 April 2007 – Hidangan bubur untuk sarapan pagi yang mungkin bercampur dengan racun tikus telah membunuh seorang pesakit berusia 77 tahun dan menyebabkan kira-kira 200 yang lain jatuh sakit di sebuah hospital di China, lapor media negara tersebut.

    Wanita tua yang maut itu dimasukkan ke hospital di wilayah Heilongjiang kerana menghadapi masalah jantung tetapi meninggal dunia selepas memakan sarapan pagi bercampur toksik, kata agensi berita rasmi, Xinhua.

    Dua ratus dua orang mangsa yang lain, termasuk pesakit, doktor dan jururawat, dalam keadaan stabil selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas memakan bubur di kantin hospital, dengan memetik pihak berkuasa kesihatan setempat.

    “Para penyiasat mengesyaki bahwa air (yang digunakan untuk memasak bubur) bercampur dengan racun yang digunakan untuk membunuh tikus,” menurut Xinhua.

    Tiada maklumat lanjut diberukan mengenai bagaimana air bertoksis itu boleh digunakan untuk memasak bubur berkenaan.

    Hospital Perubatan Tradisi China, di mana insiden itu berlaku, adalah antara institusi perubatan terbesar dan lengkap di Harbin, ibu negeri wilayah berkenaan, menurut laporan itu.

    Laporan keracunan makanan kerap muncul di China, di mana standard kebersihan dan keselamatan masih rendah bagi negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu. Pada September tahun sebelumnya, hampir 100 orang kanak-kanak di Wilayah Sichuan jatuh sakit selepas memakan bubur dan roti kukus di sebuah sekolah rendah.

    Pada bulan yang sama 336 orang jatuh sakit di Shanghai selepas memakan daging babi yang tercemar dengan steroid anabolik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda