Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kanye rancang temui Putin

    WASHINGTON, 12 JAN – Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaannya di negara itu, lapor Sputnik, memetik laporan Billboard kelmarin memetik jurucakap West, Ameer Sudan.

    Menurut laporan itu, Sudan berkata Rusia akan menjadi “negara kedua” untuk West kerana “beliau akan menghabiskan banyak masa di sana”.

    Lawatan itu dirancang untuk musim bunga atau musim panas. West berkemungkinan mengadakan persembahan Sunday Service di dewan konsert bertingkat Dewan Bandaraya Crocus atau di Kompleks Olimpik Luzhniki di Moscow.

    West juga merancang untuk menjemput Putin ke persembahannya sebagai tetamu khas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...