Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kanye West hantar bunga ros satu trak, pikat semula Kim Kardashian

    Meskipun sudah berpisah, Kanye West bagaikan tidak pernah berputus asa memikat semula hati bekas isterinya, Kim Kardashian.

    Terbaharu, West yang kini mahu dikenali dengan nama Ye menghantar satu trak bunga ros kepada Kardashian sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu.

    Nota pada trak tersebut juga cukup jelas membuktikan niat Kanye mahu kembali bersama Kardashian.

    “Misi saya sangat jelas,” tulis Ye.

    Sejak berpisah pada Februari 2021, Ye sudah beberapa kali dilihat berusaha untuk mendekati Kardashian. Dalam masa sama dia juga turut dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti popular lain.

    Terkini, Kanye dilaporkan putus cinta dengan model dan pelakon, Julia Fox.

    Manakala, Kardashian pula kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Pete Davidson.

    Kanye dan Kardashian berkahwin pada Mei 2014 di Itali. Mereka mempunyai empat orang anak iaitu North, 9, Saint, 7, Chicago, 4, dan Psalm, 3. – Agensi

    Meskipun sudah berpisah, Kanye West bagaikan tidak pernah berputus asa memikat semula hati Kim Kardashian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...