Kanye West mohon maaf kepada isteri

Selebriti terkenal Kanye West yang secara tidak sengaja mendedahkan perkara peribadi mengenai hubungannya dengan isteri, Kim Kardashian di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kanye menyedari keterlanjurannya itu dan memohon agar isterinya yang juga personaliti terkenal itu memaafkan kesalahan yang dilakukan.

“Saya ingin memohon maaf kepada isteri, Kim selepas mendedahkan sesuatu yang terlalu peribadi kepada umum.

Saya tidak menjaga namanya seperti mana dia lakukan untuk saya.

“Kepada Kim, saya hanya ingin mengatakan yang saya tahu saya sudah menyakiti awak. Tolong maafkan saya.

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya,” tulis Kanye menerusi Twitter.

Sebelum ini, Kanye mendedahkan dia pernah meminta Kim untuk menggugurkan kandungan anak pertama mereka iaitu North pada tahun 2012 dan ingin menceraikan isterinya pada tahun 2018.

Biarpun berasa sedih dan terkilan dengan tindakan Kanye namun Kim memahami keadaan suaminya itu yang menghidap penyakit bipolar disebabkan trauma kehilangan ibunya. – Agensi

Kanye West yang secara tidak sengaja mendedahkan perkara peribadi mengenai hubungannya dengan isteri, Kim Kardashian di laman sosial miliknya.
– Agensi