Kapal angkasa boleh digunakan semula selamat mendarat

BEIJING, 6 SEPT – Kapal angkasa pertama yang dapat digunakan semula di China mendarat hari ini setelah berada di orbit selama dua hari, satu langkah percubaan untuk penerbangan ruang angkasa dengan kos yang lebih rendah, menurut pengumuman kerajaan.

Program ruang angkasa yang dikendalikan secara rahsia oleh tentera telah mengeluarkan beberapa butiran mengenai kapal angkasa, yang telah dilancarkan pada Jumaat lalu dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Media kerajaan masih belum mengeluarkan gambar kapal angkasa terkini itu. Ukuran serta bentuknya masih belum diketahui. China melancarkan angkasawan pertamanya ke orbit pada 2003 dan telah melancarkan stesen angkasa dan mendaratkan robot rover di bulan.

Kapal angkasa yang dapat digunakan semula mendarat seperti yang dirancang di Jiuquan, menurut pegawai agensi berita Xinhua. –AFP