Kapal angkasa Jepun: Serpihan asteroid seperti arang

TOKYO, 24 DIS – Ia menyerupai fragmen kecil arang, namun sampel tanah yang dikumpulkan dari asteroid dan dibawa pulang ke Bumi oleh kapal angkasa Jepun tidak mendukacitakan.

Sampel yang para pegawai angkasa lepas Jepun sifatkan hari ini itu adalah sebesar 1cm dan batu keras, tidak berkecai apabila diambil atau disimpan ke kontena lain.

Butiran batu kecil hitam berpasir yang kapal angkasa kutip dan kembalikan secara berasingan telah digambarkan minggu lalu.

Kapal angkasa Hayabusa2 mendapat dua set sampel tahun lalu dari dua lokasi di asteroid Ryugu, lebih 300 juta kilometer dari Bumi.

Ia menggugurkannya dari angkasa lepas ke sasaran di Australian Outback dan sampel-sampel itu dibawa ke Jepun pada awal Disember.

Butiran batu berpasir yang Agensi Jelajah Aeroangkasa Jepun gambarkan minggu lalu itu adalah dari pendaratan pertama angkasa lepas pada April 2019.

Fragmen besar dari kompartmen yang dikhaskan untuk pendaratan kedua di Ryugu, kata saintis material angkasa lepas, Tomohiro Usui. – AP

Sampel tanah dilihat dalam kompartmen kapsul yang dibawa balik oleh Hayabusa2, di Sagamihara, dekat Tokyo. – AP