Kapal angkasa mendarat cemas

MOSCOW, 11 Okt – Kapsul pesawat angkasa Soyuz MS-10 Rusia yang membawa seorang angkawasan Rusia dan Amerika Syarikat membuat pendaratan cemas di Kazakhstan hari selepas berlaku kerosakan di bahagian pembawa roket sejurus selepas berlepas, menurut perbadanan angkasa Rusia, Roscosmos.

Pasukan mencari dan menyelamat berkejar ke lokasi pendaratan dan mereka telah berhubung dengan kru, menurut kenyataan dan menambah bahawa pengarah urusan Roscosmos, Dmitry Rogozin dalam perjalanan menuju ke tapak pendaratan.

“Pasukan mencari dan menyelamat melaporkan bahawa mereka berhubung dengan kru Soyuz, yang dilaporkan bahawa mereka dalam keadaan baik,” menurut NASA melalui Twitter.

Kru Soyuz terdiri daripada angkasawan Rusia Alexei Ovchinin dan angkasawan NASA, Nick Hague.

Kerosakan itu berlaku beberapa minit selepas pembawa roket itu berlepas pada jam 11:40 pagi waktu setempat dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan untuk menuju Stesen Angkasa Antarabangsa. – Xinhua