Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal Belize rosak teruk diserang pejuang Houthi

    DUBAI, 19 FEB – Serangan peluru berpandu oleh pejuang Houthi, Yaman yang merosakkan sebuah kapal bendera Belize melalui Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden telah memaksa anak kapal untuk meninggalkan kapal itu, kata pihak berkuasa hari ini.

    Pejuang Houthi yang disokong Iran juga mendakwa mereka telah menembak jatuh dron MQ-9 Reaper Amerika Syarikat (AS), sesuatu yang tidak diakui oleh tentera AS di rantau itu. Bagaimanapun, pejuang Houthi pernah menjatuhkan dron AS sebelum ini.

    Sementara itu, tentera AS berkata ia sedang melancarkan serangan udara baharu yang menyasarkan pejuang Houthi, termasuk menyasarkan dron dalam air Houthi yang pertama dilihat sejak mereka mula melancarkan serangan ke atas perkapalan antarabangsa pada November.

    Kapal yang menjadi sasaran serangan pejuang Houthi kelmarin dilaporkan mengalami kerosakan selepas ‘letupan berdekatan dengan kapal itu,’ lapor pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom tentera Britain.

    “Pihak berkuasa tentera melaporkan kru telah meninggalkan kapal itu,” kata UKMTO. “Kapal berlabuh dan semua anak kapal selamat.”

    Brigedier Jeneral Houthi, Yahya Saree mengeluarkan kenyataan mendakwa serangan itu, berkata kapal itu ‘kini berisiko tenggelam’.

    “Kapal itu mengalami kerosakan yang sangat teruk dan terhenti sepenuhnya,” kata Saree. “Semasa operasi, kami memastikan kru kapal keluar dengan selamat.”

    Firma keselamatan swasta Ambrey melaporkan kapal kargo yang didaftarkan di Britain dan dikendalikan oleh Lubnan itu sedang dalam perjalanan ke Bulgaria selepas meninggalkan Khorfakkan di Emiriah Arab Bersatu. – AP

    Pejuang Houthi mengadakan perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan menentang serangan udara yang diketuai AS di Yaman, Sanaa, Yaman pada 29 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda