Kapal berlabuh di Bintulu kluster baharu di S’wak

KUCHING, 26 JULAI – Seramai 24 orang pekerja sebuah kapal yang berlabuh di perairan Bintulu, kira-kira 580 kilometer ke utara dari sini, disahkan positif COVID-19 dan diumumkan sebagai Kluster Gom Tujuh, yang merupakan salah satu daripada dua kluster baharu di Sarawak, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hariannya memaklumkan mereka yang disahkan dijangkiti virus itu merupakan di antara 50 pekerja yang disaring di atas kapal industri petroleum Grade One Manjung 7 yang telah berada di perairan Bintulu sejak 30 Jun lepas.

“Empat masih menunggu keputusan (ujian saringan COVID-19) sementara 22 individu lagi didapati negatif,” menurut kenyataan itu. – Bernama