Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kapal elektrik mengangkut kontena kapasiti 120 TEU mula beroperasi 

    BEIJING, 11 OKT – Kapal elektrik pertama yang mengangkut kontena berkapasiti 120 TEU di China memulakan operasi pada Isnin pagi. 

    Kapal dinamakan ‘Jiang Yuan Bai He’ berlepas dari pelabuhan Taicang di Sungai Yangtze, untuk memulakan pelayaran sulungnya sejauh 80 kilometer menuju ke dermaga Taman Industri Suzhou. Dengan beroperasinya kapal berkenaan ia sekali gus menandakan bermulanya “era pengangkutan elektrik” di sungai di provinsi Jiangsu.

    “Jiang Yuan Bai He” yang sepanjang 79.92 meter dan lebar 12.66 meter itu apabila dicaj penuh, mampu belayar sejauh 220 kilometer pada kelajuan 17 kilometer sejam. Sebagai kapal berkuasa elektrik berkapasiti paling besar yang beroperasi dalam jaringan pengangkutan aliran sungai di China pada masa ini, “Jiang Yuan Bai He” digerakkan menggunakan Containerized Utility Battery modulE (CUBE), melibatkan tiga bekas kontena berukuran 20 kaki TEU yang terpasang di hujung kapal dan hanya memerlukan 20 minit untuk menukar bateri baharu.

    Selain itu, kapal berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu beroperasi dengan sifar sebaran kotoran kereta dan sifar pencemaran.  Menurut Ketua Biro Pengurusan Pengangkutan Jiangsu, Song Guosen dijangka terdapat lebih 17 kapal elektrik yang akan memulakan perkhidmatan pengangkutan kontenanya menjelang 2025 dengan laluan pelayaran merangkumi Terusan Besar Beijing-Hangzhou seksyen Jiangsu. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...