Kapal ‘Fendouzhe’ mendarat di dasar lautan paling dalam

BEIJING, 20 NOV – China menyiarkan gambar penstriman mengenai kapal boleh tenggelam yang diletak di dasar lautan hari ini, usaha terbaharu oleh ahli sains negara untuk sampai ke bahagian lautan paling dalam Bumi.

Kapal ‘Fendouzhe’ atau ‘Striver’, turun lebih daripada 10,000 meter ke Mariana Trench Lautan Pasifik bersama tiga penyelidik, kata penyiar CCTV.

Gambar video yang dirakam dan disiarkan oleh kamera laut dalam menunjukkan kapal boleh tenggelam warna hijau dan putih itu bergerak di perairan gelap diselubungi kepulan serpihan ketika ia mendarat di dasar laut. Fendouzhe pada awal bulan ini mencatat rekod negara kerana mengendali junaman laut dalam pada 10,909 meter, hampir menyamai rekod dunia 10,927 meter yang dicatat oleh penjelajah Amerika pada 2019.

Kapal boleh tenggelam itu, dilengkapi dengan lengan robotik untuk mengumpul sampel biologi dan ‘mata’ sonar yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti objek di sekitarnya, sedang melakukan junaman berulang kali untuk menguji keupayaannya. – AFP