Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kapal hantar minyak kepada Korea U dikenakan sekatan

    WASHINGTON, 7 OKT – Amerika Syarikat (AS) hari ini mengenakan sekatan ke atas tiga buah syarikat dan dua orang individu yang berpangkalan di Marshall Islands, Singapura dan Taiwan kerana menguruskan penjualan minyak haram ke Korea Utara.

    Langkah tersebut dibuat berikutan siri ujian peluru berpandu yang semakin memuncak oleh Pyongyang, termasuk pelancaran provokatif peluru berpandu ke arah Jepun.

    “AS menghantar mesej jelas bahawa kami akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang menyokong pembangunan dan pengekalan senjata tentera Korea Utara,” menurut Setiausaha Negeri, Antony Blinken dalam satu kenyataan.

    Menurut Jabatan Perbandaharaan AS, New Eastern Shipping Co Ltd yang berpangkalan di Marshall Islands, memiliki sebuah kapal yang digelar Courageous – turut dikenali sebagai Sea Prima – didakwa secara haram menghantar petroleum ke kapal Korea Utara di luar pantai barat daya negara itu.

    Penghantaran itu menyalahi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang melarang pemindahan dari kapal-kekapal dengan kapal Korea Utara dan mengehadkan pengimportan petroleum ke negara itu, kata Blinken. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...