Kapal Iran ‘diserang’ di Laut Merah

TEHRAN, 7 APRIL – Sebuah kapal kargo Iran telah diserang oleh ‘letupan’ di Laut Merah, kata Tehran hari ini, selepas media AS melaporkan Israel telah menyerang kapal itu dalam tindakan balas atas serangan lalu Iran terhadap kapalnya.

Iran dengan sedih menekankan kapal kargo itu adalah kapal awam, walaupun sumber lain mengatakan ia telah digunakan oleh komando Iran sebagai pangkalan bagi perlindungan perkapalan dan tugas-tugas lain di kawasan itu.

Letupan itu muncul pada waktu sensitif ketika Presiden AS, Joe Biden cuba untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 dengan Iran yang ditentang keras oleh Israel.

Letupan itu melanda ‘kapal komersial Iran’ MV Saviz di luar pantai Djibouti pada pagi semalam, kata jurucakap kementerian luar negeri, Said Khatibzadesh, menambah siasatan telah dibuka mencari puncanya.

“Kemalangan itu tidak menyebabkan korban jiwa dan siasatan teknikal dijalankan untuk memastikan keadaan dan dari mana asalnya,” kata jurucakap. – AFP

Gambar dari satelit pada 1 Oktober 2020 menunjukkan kapal kargo MV Savis di Laut Merah. – AP