Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal kargo bawa 12 krew karam

    MOSCOW, 19 April – Sebuah kapal kargo bersama 12 anggota krew tenggelam pada pagi ini di luar pantai Laut Hitam Rusia, kata pihak berkuasa tatkala mereka mencari beberapa kelasi yang masih hilang.

    Kapal kargo itu, yang sedang membawa bijirin dari selatan rantau Rusia Rostov ke Turki, hilang daripada radar di Selat Kerch, yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Azov, pada awal hari ini, kata kementerian kecemasan cawangan tempatan. Tiga anggota krew daripada kapal, yang sedang belayar di bawah bendera Panama, berjaya diselamatkan, beritahu agensi persekutuan untuk pengangkutan laut kepada agensi berita RIA Novosti.

    Kementerian kecemasan berkata angin kencang dan ombak kuat telah menghalang kapal menyelamat daripada dihantar ke kawasan di mana kapal kargo, kali terakhir berada sekitar 24km dari bandar Rusia Taman, dipercayai telah tenggelam pada kira-kira 0030 GMT. Seramai 12 anggota krew berkenaan termasuk sembilan warga Ukraine, dua warga Rusia dan seorang warga Georgia, kata Jawatankuasa Siasatan Rusia. Penyiasat tempatan berkata mereka telah melancarkan satu siasatan jenayah untuk memutuskan sama ada pencabulan keselamatan pengangkutan mungkin menjadi punca penenggelaman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda