WASHINGTON, 20 Mac – Kapal kargo SpaceX yang digunakan semula mendarat di air di Lautan Pasifik dengan selamat kelmarin, menamatkan misi membawa bekalan kepada astronaut di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), kata syarikat itu.
Kapsul Dragon – satu-satunya kapal yang berkemampuan untuk kembali membawa sampel penyelidikan dan material lain ke Bumi – berada di ISS selama hampir sebulan selepas menghantar lebih dua tan makanan, air dan peralatan saintifik bagi NASA pada 23 Februari.
Sebelum pelepasannya, kru memuatkan kapal kargo dengan peralatan lama, bahan buangan dan hampir 4,000 paun sampel penyelidikan daripada eksperimen yang dijalankan di stesen yang dalam keadaan mikrograviti.

Dilepaskan oleh tangan robot ISS pada jam 0900 GMT, kapsul itu mengambil masa lebih enam jam perjalanan balik ke Bumi, mendarat di luar pantai Mexico kira-kira jam 1600 GMT, pendaratan terakhirnya diperlahankan oleh tiga payung terjun gergasi.
“Hari ini kami katakan selamat tinggal kepada #Dragon!” catat astronaut Perancis, Thomas Pesquet dalam twitter, salah seorang daripada enam anggota kru, yang tiba di ISS pada November.
“Dia membawa balik sebahagian daripada kami ke bumi bersamanya – sampel-sampel saintifik penting, dan beberapa daripada kru!” – AFP