Kapal kargo terbelah dua, tumpahkan minyak di Jepun

TOKYO, 12 OGOS – Sebuah kapal kargo yang berdaftar di Panama terkandas di wilayah utara Aomori, Jepun berdekatan pelabuhan Hachinohe dan menyebabkan berlaku tumpahan minyak, menurut Sputnik, memetik laporan penyiar NHK hari ini.

Kapal Crimson Polaris yang terkandas sejak Rabu dan terputus dua itu mula menumpahkan minyak.

Semua 21 anak kapal – warga China dan Filipina – telah diselamatkan.
Tumpahan minyak bagaimanapun telah merebak sejauh lima kilometer. – Bernama