Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal kitar semula bahan plastik

    SATU pasukan jurutera British Isnin lalu juga telah mengeluarkan reka bentuk untuk kapal layar ekonomi bernilai 40 juta pound (AS$52 juta) yang akan mengumpul plastik dari lautan dan mengitarnya semula.

    Kapal yang dikenali sebagai ‘Penjaga Laut’ itu dirancang untuk mengumpul lima ton bahan plastik setiap hari dan akan menjadi kapal pertama yang dikendalikan secara automatik untuk mengitar semula sisa laut menjadi bahan bakar. Plastik akan dimusnahkan sehingga halus, digilap dan diproses melalui jentera di atas kapal yang akan dihapuskan sepenuhnya dengan pencemaran atmosfera yang minimum.

    Digambarkan sebagai ‘penuai gabungan laut’, ia telah direka sepanjang 70 meter (230 kaki) dan akan menyalurkan bahan tercemar untuk dimusnahkan.

    Rancangan perintis, yang didedahkan hari ini di Southampton Boat Show, menyatakan bagaimana kapal tersebut akan membawa sisa lautan di atas kapal berkenaan, di mana ia akan dikitar semula menggunakan proses berteknologi tinggi.

    Bahan plastik akan dimusnahkan sehingga halus di dalam kapal tersebut yang dikendalikan secara automatik selama berbulan-bulan.

    Kapal yang dikenali sebagai ‘Penjaga Laut’ ini dirancang untuk mengumpul lima ton bahan plastik setiap hari secara automatik.
    Reka bentuk kapal layar ekonomi yang diperkenalkan semasa Southampton Boat Show, minggu lalu.

    Richard Roberts, dari TheYachtMarket yang berpangkalan di Southampton, adalah pengasas bersama projek itu dan berkata dia terinspirasi untuk membuat kapal itu selepas menonton Blue Planet.

    Beliau berkata penggambaran siri pengembaraan di lautan menggalakkan dia ‘melakukan sesuatu yang praktikal’ mengenai masalah itu.

    “Perkara ini sangat mengejut kan untuk difikirkan bahawa kini terdapat lebih daripada lima trilion bahan plastik di lautan dan memberi kesan buruk terhadap ekosistem kita dan biodiversiti lautan,” katanya.

    “Ia sangat penting bagi kami untuk membuang sisa plastik yang terkumpul di lautan melalui kapal tersebut, dalam usaha untuk menghapuskan pencemaran dalam ekosistem lautan dan mencari resolusi dalam menangani masalah ini.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda