Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kapal kontena terkandas di AS

    WASHINGTON, 21 MAC – Kerja-kerja memperdalam laluan untuk kapal kontena gergasi Ever Forward yang terkandas di Teluk Chesapeake di Amerika Syarikat (AS) telah pun bermula, kata Pengarah eksekutif pelabuhan Baltimore, William Doyle.

    “Agensi negeri dan persekutuan telah mengeluarkan permit untuk menjalankan operasi yang jarang berlaku dan kompleks itu,” menurut kenyataan di laman sosial Twitter kelmarin, lapor Xinhua.

    Menurut Doyle, semua bahan galian itu akan digunakan semula untuk membina Pulau Poplar, sebuah projek pemulihan alam sekitar di Maryland iaitu sebahagian dari Teluk Chesapeake.

    Kapal kargo sepanjang 334 meter itu terkandas dalam lumpur setebal tujuh meter sejak 13 Mac lalu. Punca kapal itu terkandas masih belum dapat dipastikan.

    Kerja-kerja bagi mengapungkan kapal itu dijangka mengambil masa 10 hari lagi.

    Ever Forward dikendalikan Evergreen Marine Corp membawa muatan hampir 5,000 kontena, terkandas sejurus berlepas dari pelabuhan Baltimore menuju ke Norfolk, Virginia.

    Tiada kecederaan atau tumpahan minyak dilaporkan.

    Sementara itu, aktiviti perkapalan di Waterborne dari Baltimore dilaporkan tidak terjejas akibat kejadian itu.

    MV Ever Given, sebuah lagi kapal kontena milik syarikat sama, pernah terkandas di Terusan Suez Mesir pada Mac 2021, menyekat laluan selama beberapa hari selain mengakibatkan kelewatan dalam aktiviti perkapalan global. – Bernama

    Kapal kontena Ever Forward di Teluk Chesapeake selepas terkandas berhampiran Baltimore di Pasadena, Maryland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...