Kapal Korea diserang lanun

BUSAN, 22 JULAI – Sebuah kapal pengangkut Korea Selatan telah diserang lanun berhampiran Selat Singapura pada hari ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan rasmi pegawai kerajaan di Busan.

Kumpulan lanun yang bersenjatakan senapang dan lain-lain menyerang kelasi kapal seberat 44,132 tan yang didaftarkan di Korea Selatan itu, CK Bluebell, di kawasan laut kira-kira 100 batu dari laluan masuk ke selat tersebut pada pukul 4:25 pagi sebelum melarikan sejumlah AS$13,000 wang tunai, menurut kenyataan para pegawai Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan itu, namun beberapa kelasi mengalami kecederaan ringan seperti lebam semasa konfrontasi mereka dengan lanun terbabit.

Selain wang tunai, sesetengah kelasi kehilangan barangan peribadi mereka yang diambil oleh penyerang. – Bernama