BERLIN, 28 Dis – Sebuah kapal pelancong telah melanggar sebuah jambatan lebuh raya di Sungai Rhine di barat Jerman mengakibatkan 25 orang mengalami kecederaan, menurut polis semalam.
Kapal Swiss Crystal yang membawa 129 penumpang di atas kapal, melanggar tiang jambatan berdekatan Duisburg pada malam selasa.
Paras air adalah tinggi pada masa itu dan tiang itu biasanya berada di daratan, menurut laporan agensi berita dpa.
Kapal itu yang menuju ke hilir semasa lawatan terakhir di Rhine, bermula dan berakhir di bandar Arnhem, Belanda, yang bermula pada 22 Disember.

Sebuah lagi kapal yang membawa seramai 103 orang penumpang, kebanyakannya warga Belanda dan 26 kru ke Duisburg.
Polis mengatakan empat orang penumpang telah mengalami kecederaan serius, telah dibenarkan keluar dari hospital pagi kelmarin.
Jambatan tersebut ditutup selama beberapa jam sebagai langkah berjaga-jaga, namun jurutera struktur mengatakannya selamat untuk digunakan selepas pemeriksaan dijalankan semalam. – AP