Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kapal layar bawa senapang cetus kebimbangan

    MUMBAI, 19 OGOS – Sebuah kapal layar tanpa pengemudi yang membawa senapang dan peluru mencetuskan kebimbangan keselamatan selepas ia dihanyutkan secara misteri ke pantai India, menurut pegawai.

    Tiga senapang AK-47 dan peluru telah ditemui di atas kapal ‘Lady Han’ selepas ia hanyut ke darat semalam di kawasan penduduk jarang di barat negeri Maharashtra, berhampiran lokasi serangan ganas yang mengakibatkan kematian pada 2008.

    Pasukan penyiasat antikeganasan telah merampas bot berbendera United Kingdom (UK) itu selepas ia dikesan nelayan.

    Namun pihak berkuasa mengesahkan kapal itu adalah milik pasangan Australia yang meninggalkannya di laut selepas kegagalan enjin pada 26 Julai lalu.

    Syarikat keselamatan maritim Britain, Neptune P2P Group mendakwa senjata itu milik pihaknya dan berkata, ia telah terbabit untuk melindungi kapal itu daripada lanun semasa pelayarannya melalui Lautan Hindi, Teluk Aden dan Laut Merah Selatan.

    “Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa India kerana menyiasat dan menguruskannya serta sentiasa bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya bagi mendapatkan semula peralatan keselamatan kami,” kata firma itu dalam satu kenyataan semalam.

    P2P Neptune dalam kenyataannya berkata, selepas dilanda ribut ketika berlayar, semua kru termasuk kakitangan keselamatan terpaksa meninggalkan kapal itu dan diselamatkan oleh kapal perang tentera laut Korea yang cuba untuk menarik bot itu, namun gagal. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...