Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kapal PBB bawa gandum Ukraine berlabuh di Djibouti

    DJIBOUTI, 30 OGOS – Sebuah kapal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang penuh dengan gandum dari Ukraine diperuntukkan untuk berjuta-juta orang yang berisiko kebuluran di Ethiopia, tiba di Djibouti hari ini.

    Pengangkut MV Brave Commander, yang membawa 23,000 tan bijirin, berlabuh di bandar pelabuhan Horn of Africa, kata Program Makanan Sedunia PBB, dua minggu selepas meninggalkan pelabuhan Laut Hitam di Ukraine.

    “Kami telah berlabuh secara rasmi! Kapal pertama yang membawa bijirin Ukraine sejak Februari baru sahaja tiba di Djibouti,” kata pengarah eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) David Beasley.

    Agensi PBB berkata kekurangan bekalan makanan dan kekurangan zat makanan adalah antara kebimbangan utama di seluruh Ethiopia, dengan dianggarkan 20.4 juta orang memerlukan bantuan makanan.

    Ukraine merupakan salah satu pengeksport bijirin terbesar di dunia. Negara itu terpaksa menghentikan hampir keseluruhan perkhidmatan penghantaran selepas pencerobohan Rusia ke atas negara itu pada Februari, sekali gus meningkatkan kebimbangan krisis makanan global.

    WFP berkata awal bulan ini bahawa jumlah rakyat yang berisiko kebuluran di Horn of Africa yang dilanda kemarau telah meningkat kepada 22 juta orang. – AFP

    Gambar fail pada 14 Ogos lalu, kapal pertama PBB MV Brave Commander memuatkan lebih daripada 23,000 tan bijirin dieksport ke Ethiopia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...