Kapal perang AS singgah di Taiwan

TAIPEI, 23 NOV – Kapal perang Amerika Syarikat (AS) hari ini dikesan berlayar melalui Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dan China, pelayaran laluan pertama selepas kedua-dua pemimpin kuasa besar itu ‘bertemu’ dalam sidang kemuncak maya.

Menurut maklumat daripada Armada Ketujuh AS, laluan melalui Selat Taiwan oleh kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke USS Milius adalah transit rutin.

“Pelayaran itu adalah kebebasan laluan navigasi kali ke-11 diisytiharkan tahun ini, yang menunjukkan komitmen AS terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Transit terbaharu itu berlaku selepas Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping saling bertukar amaran keras mengenai masa depan Taiwan pada sidang kemuncak maya awal bulan ini. – AFP

Gambar fail kapal perang. –AP