Kapal perang baharu China sertai perarakan

BEIJING, 23 April – Tentera Laut China telah menyambut ulang tahun ke-70 dengan mempamerkan perarakan laut iaitu memaparkan kapal perang pemusnah peluru berpandu yang baharu.

Turut hadir ialah Presiden China, Xi Jinping. Presiden Xi kelihatan berdiri di atas sebuah kapal perang bagi menerima tabik hormat dari pada anggota tentera yang mengemudi 32 buah kapal termasuk kapal selam dan 39 buah pesawat dari bandar timur Qingdao.

China juga berkesempatan memperkenalkan Nanchang, kapal pemusnah peluru berpandu seberat 10,000 tan. Turut mengikuti perarakan tersebut ialah kapal-kapal dari 13 buah negara termasuk Rusia, Thailand, Vietnam dan India.

Vietnam dan negara-negara di rantau ini sering mempertikaikan dan mengadu mengenai kegiatan China di Laut China Selatan di mana Beijing telah membina pulau buatan tersendiri dan pangkalan tentera. Menurut agensi berita rasmi Xinhua, Xi memberitrahu delegasi asing yang menghadiri perarakan tersebut bahawa China akan sentiasa mengekalkan hubungan yang damai.

Semua negara juga disarankan untuk mencari penyelesaian terbaik dalam pertikaian maritim, kata Xi. – AFP

Kapal selam nuklear baharu 094A turut mengambil bahagian dalam perarakan sambutan ulang tahun tentera laut China ke-70. – AFP