WELLINGTON, 7 JUN – Mahkamah Fiji hari ini menyerahkan kapal persiaran mewah Rusia kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan mengatakan ia boleh dipindahkan dari negara Pasifik itu, menamatkan usaha pemiliknya untuk mengekalkannya di sana selama lapan minggu.
Kapal persiaran Amadea (gambar-AP) bernilai AS$300 juta dikaitkan AS dengan ahli politik bilionair Rusia, Suleiman Kerimov yang merupakan sasaran sekatan, diimpaun sejurus ketibaan di Fiji pada April atas permintaan Washington.
Presiden dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Kamal Kumar hari ini menolak permohonan dibuat minggu lalu oleh pemilik berdaftar kapal itu, Millemarin Investment untuk menangguhkan perintah mahkamah.
Ketua Pendakwa raya, Christopher Pryde mengatakan keputusan mahkamah itu bermakna Jabatan Kehakiman AS mengeluarkan waran rampasan ke atas kapal itu telah diterima.
“Keputusan itu mengiktiraf komitmen Fiji menghormati permintaan bantuan bersama antarabangsa dan tanggungjawab Fiji,” kata Pryde dalam satu kenyataan.
Amaedea telah diserahkan kepada pihak berkuasa AS dan kini akan meninggalkan Fiji, tambahnya. – AFP